Sunday 24 July 2016

Madu Minda Asy Syifa'

Diambil sebelum makan, 1 sudu kecil, 2-3 kali sehari

Ramuan utama Madu Minda Asy-Syifa'
Madu adalah pemakanan lengkap yang diturunkan bersama Al-Quran. Ia merupakan penyembuh utama dan amalan memakannya merupakan satu sunnah. Ia membekalkan tenaga serta nutrien-nutrien yang diperlukan oleh badan. Ia dapat menghilangkan keletihan serta membantu perkembangan minda dengan membekalkan nutrien-nutrien yang diperlukan untuk kecergasan dan kecerdasan, terutama semasa melaksanakan proses pembelajaran

Badam juga membekalkan pelbagai vitamin dan mineral serat, protein, lemak yang sihat serta kandungan fitokimia tertentu untuk kesihatan manusia.


Satu hidangan khasiat badam (sebanyak 23 biji) mengandungi khasiat berikut:

35% daripada nilai keperluan harian anda atau Daily Value (DV) bagi antioksida (vitamin E)
20% DV bagi magnesium
15% DV bagi phosphorus
13% DV bagi riboflavin
8% DV bagi kalsium
6% DV bagi iron dan zink
4% DV bagi asid folik dan niasin

Habbatus Sauda atau Jintan Hitam telah disyorkan pengambilannya oleh Nabi Muhammad SAW dengan menjadikannya sebagai amalan harian. Pengambilannya memberi kesan ke atas sistem paru-paru, perut dan limpa. Ia dapat meningkatkan imuniti, merangsang tenaga,memudahkan penghadaman, tonik dan pelbagai lagi khasiatnya.


Kacang adas kaya dengan potasium dan magnesium yang bermanfaat bagi mereka yang menderita tekanan darah tinggi dan dapat membuka saluran pembuluh darah.


Maryam Moradov seorang ahli gizi berkata kacang adas juga kaya dengan asid folik. Sekalipun asid folik sensitif dengan panas, namun di dalam kacang adas yang telah dimasak masih ditemukan kadar zat ini.

Selain itu, kacang adas juga kaya akan vitamin B6, asid folik dan zat besi yang bermanfaat bagi mereka yang mempunyai masalah kurang darah. Sementara kandungan mangan dan Zn kacang adas bermanfaat bagi pertumbuhan anak-anak. Beliau juga menyebut kacang adas memiliki zat anti oksidan seperti Selenium yang mampu mengelakkan radikal bebas yang membahayakan badan. Kekuarangan Selenium dapat melemahkan kekebalan tubuh badan.

Kurma merupakan makanan tradisi di kalangan negara-negara Arab dan umat Islam. Ia membekalkan tenaga segera, fiber dan pelbagai khasiat pemakanan yang diperlukan.
Dari segi saintifik, ia berkesan mengubati gangguan usus, masalah sembelit serta penawar mujarab untuk insomia. Kurma juga memudahkan proses kelahiran serta berkesan meredakan tekanan darah tinggi.


Dalam Al-Quran, Allah telah menyebut mengenai buah tin disamping buah zaitun dalam surah At-Tiin. Buah tin (ara) merupakan sumber flavanoid dan polifenol yang baik. Ia juga mengandungi kandungan antioksidan dan fiber yang tinggi. Ia dapat mengatasi masalah penghadaman dan ancaman radikal bebas serta melambatkan penuaan selain meminimakan stress (tekanan) di kalangan pelajar.
Kelebihan buah Tin:

  • Membersihkan buah pinggang dan rawatan buah pinggang yang rosak.
  • Mengurangkan kepanasan badan ketika demam. 
  • Memecahkan batu karang di dalam badan. 
  • Menyegarkan badan yang lesu. 
  • Mengeluarkan toksin dan racun dalam badan. 
  • Rawatan buasir. 
  • Meredakan sakit kulit seperti ruam, panau dan lain-lain.
  • Rawatan penyakit gout 
Kismis memang baik untuk kanak-kanak kerana ia mengandungi serat, antioksidan, valium dan kalium, iaitu nutrien penting untuk badan.


Kismis merupakan makanan yang disyorkan oleh ulama-ulama perubatan Islam. Ia dapat membantu mengekalkan ingatan terutama bagi pelajar yang memerlukan ingatan yang tinggi seperti pelajar tahfiz dan undang-undang. Kismis juga dapat melindungi hati, memperbaiki sirkulasi, melawaskan pembuangan air besar dan melawan bakteria mulut.

Zaa’faran merupakan sejenis rempah yang didapati daripada pokok saffron crocus. Ia mengadungi lebih daripada 150 bahan meruap dan beraroma. Ia digunakan sebagai pewarna makanan, konfektineri dan dalam minuman. Khasiat perubatannya adalah antikarsinogenik, anti-mutegenik, immunomodulating dan kandungan antioksidan. Ia juga dijadikan dakwat bagi menulis ayat-ayat Al-Quran bagi kaedah rawatan pinggan putih.



Menurut Al-Quran, halia merupakan sejenis minuman bagi para penghuni syurga. Ia digunakan dalam masakan serta mempunyai nilai perubatan yang tinggi. Halia dapat merawat masalah angin dan mual, mengandungi antioksidan, bersifat karminatif (membuang angin) serta dapat merawat inflamasi (radangan), mengurangkan kolestrol dan merawat penyakit hati.

Perkongsian ilmu tanpa batasan,
Stokis Al Haddad Skudai
019-6558504

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...