Sunday 23 July 2017

Bagaimana ingin beriklan produk Al Haddad

Ramai ahli terutama ahli baru yang tidak tahu bagaimana cara untuk memulakan "iklan" bagi memperkenalkan produk-produk Al Haddad.


Maklumlah, produk Al Haddad sekarang sudah mencecah 34 produk. Ahli tentu "tidak menang tangan" hendak berkongsi produk yang mana satu.

Setuju?

Baik, Kak Ida kongsikan ya.

Mulakan dengan berkongsi dengan produk yang kita guna. Bila kita berkongsi dengan produk yang kita selalu guna, perkongsian itu lebih nampak "ikhlas" kerana niat kita yang mahu berkongsi manfaat dengan orang lain.

Contohnya Kismis Penerang dan Pelembut Hati.

Kita boleh berkongsi banyak perkara tentang kismis.

Antaranya:-
+ Kebaikan dan petua berkaitan kismis. Semua orang tahu kismis adalah kudap-kudapan terbaik untuk anak dan dijadikan sebagai snek ringan berbanding kanak-kanak menikmati jajan.

+ Asal usul kismis.

+ Cara makan kismis yang digalakkan oleh sunnah (jika ada).

+ Resipi masakan yang menggunakan kismis.

+ Komisen peribadi dan rangkaian yang diperolehi bila ahli membeli kismis. Kongsikan juga bakal dan kelebihan yang ahli perolehi jika mendaftar dengan pembelian tiga unit kismis.

+ Harga ahli dan harga pasaran kismis Al Haddad Marketing Sdn. Bhd.

+ Kelebihan kismis berbanding kismis-kismis lain. Ceritakan kelebihan sahaja ya. Bukan keburukan. Adalah sangat tidak digalakkan memburukkan produk pesaing kita. Tiada profesionalisme disitu.

+ Gambar produk yang menarik termasuk set-set yang dicadangkan bersama kismis.

+ Testimoni-testimoni yang bersesuaian.

Pecahkanlah topik ini dengan mengiklankan lapan kali hingga sepuluh kali sehari dengan BERKONGSI manfaat.

Elakkan menawarkan produk dengan menggunakan ayat "hard sell" seperti BERMINAT PM. Gunakan ayat content writing atau copywriting yang menarik. Insya-Allah, rezeki tidak pernah salah alamat.

Boleh ya?

Jangan lupa follow Kak Ida untuk mendapatkan tips-tips menarik untuk dikongsi.

Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada semua ahli Al Haddad.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...