Saturday 10 March 2018

Pertemuan Stokis At Selatan 2018

Setelah beberapa kali ditangguhkan kerana kengkangan waktu, akhirnya pada 10 Mac 2018, satu pertemuan stokis At Selatan 2018 berjaya diadakan.


Bertempat di Ummu Rahmah, Pasir Gudang, Johor


Dengan kehadiran 42 orang stokis di seluruh negeri Johor.

Sempat juga Kak Ida selfie sekeping dua sebelum program bermula jam 9.32 pagi. Hihi



Program dimulakan dengan ucapan kata alu-aluan dari Presiden At Selatan, Encik Amir. Kemudian, bacaan doa oleh Tuan Haji Sailani. Kami semua mengharapkan program ini diredhai dan diberkati oleh Allah swt. Amin amin YRA.

Seterusnya, Iron Lady Al Haddad Marketing Sdn. Bhd, Puan Rahmah binti Rahmat mengambil tempat.

"Sakit sama mengaduh, luka sama menyiuk".


Allahu, terlalu banyak teguran demi teguran, idea demi idea, perkongsian demi perkongsian dan lain-lain lagi bagi memantapkan lagi stokis di At Selatan. Terima kasih ibu atas ingatan.

Microfon bertukar tangan dengan Encik Amir menerangkan tentang beberapa perkara dan isu.

Insya Allah, Kak Ida akan kupaskan satu demi satu di entry akan datang.



... dan saat yang ditunggu-tunggu adalah perkongsian dari CEO Al Haddad Marketing Sdn. Bhd. Ada 10 perkara yang dikongsi oleh tuan CEO.

Yang pasti perkongsian ini membawa berita baik terutama ahli berkenaan produk baru yang akan dilancarkan tidak lama lama lagi iaitu Tamar Cocoa, Ready to drink. Terima kasih tuan atas perkongsian ilmu.

Penghargaan tuan secara peribadi cukup dihargai. 



Selesai pertemuan, Kak Ida mengambil kesempatan untuk berselfie dengan orang kuat Al Haddad Marketing.





Ok, cukup dulu kali ini. Insya Allah, kak Ida akan berkongsi tentang tajuk daftar ahli di entry akan datang.

Nantikan ya. 😍😍😍
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...