Sunday 17 July 2016

Susu kambing Al Haddad

Dalam group Leader hari ini, ada persoalan tentang

Adakah susu kambing Al Haddad ada campuran susu lembu?

Jawapan saya,

TIADA

Jika kita tengok dalam kotak di bahagian ramuan, memang tertulis hanya tepung susu kambing sahaja.


Selain itu, terdapat fakta unik tentang susu kambing.
  1. Kandungan kalsium dan potasium dalam susu kambing menolong mencegah osteoporosis atau kerapuhan tulang. 
  2. Vitamin A dalam susu kambing membantu tumbesaran bayi dan kanak-kanak. Zat-zat galian yang terkandung dalam susu kambing juga mampu mengimbangi metabolisme,membina tulang dan gigi, membantu membina sel-sel darah, tisu-tisu badan serta membantu menajamkan fikiran dan peningkatan fungsi otak (bagi pelajar).
  3. Pengambilan susu kambing yang kerap membantu wanita mengembalikan zat besi semasa kedatangan haid setiap bulan, kekurangan darah (anemia), pendarahan semasa kehamilan serta pendarahan yang banyak selepas bersalin (pendarahan postpartum).
  4. Susu kambing membekalkan lemak sebagai pembakar dalam badan, protein untuk pertumbuhan otot, karbohidrat untuk tenaga dan zat galian untuk pembinaan badan.
  5. Susu kambing mengandungi asid nikotinik yang berfungsi membantu pencernaan, meningkatkan kesihatan pada kulit, kelihatan cantik dan berseri.
  6. Susu kambing mengawal sepenuhnya asid hidroklorik dalam perut, mengekalkan kekuatan pesakit dan meminimumkan ketegangan pada otot yang dijangkiti.
  7. Susu kambing juga sangat baik untuk penyakit ekzema (kegatalan pada kulit).
  8. Susu kambing mengandungi enzim,vitamin dan zat galian yang menolong mengawal metabolisme kolesterol.
  9. Selenium yang wujud dalam susu kambing sebenarnya adalah mineral yang amat penting dalam melindungi tubuh dari radikal bebas yang merupakan antara punca utama kanser dan penyakit-penyakit kronik yang lain pada manusia. Melalui amalan pengambilan selenium setiap hari, didapati peratusan akan dihinggapi penyakit-penyakit tersebut berkurangan.
  10. Disyorkan kepada mereka yang mengalami beberapa penyakit seperti asma, demam kuning, hepatitis, radang sendi, batuk, rasa letih dan lesu, ulser, diabetes, hilang selera makan, migrain, buasir, sinus, cirit-birit dan bronkitis.
Kemudian, kita lihat pula kebaikan dan khasiat susu kambing DISINI.

Kajian saintifik telah menunjukkan bahawa komposisi dalam kandungan susu kambing mempunyai banyak kebaikan untuk manusia berbanding susu lembu atau sebarang jenis susu. Antara kebaikan susu kambing untuk kesihatan manusia boleh dihuraikan seperti berikut:
 
Susu Kambing Mudah Hadam
Susu kambing mempunyai molekul protein dan lemak yang sangat halus, lembut, serta mudah hadam berbanding susu lembu. Ianya sangat baik untuk diet kanak-kanak dan juga orang dewasa yang mempunyai masalah penghadaman.

Disebabkan zarahnya yang halus dan sifatnya yang menyah asid, maka sangat sesuai digunakan bagi rawatan ulser dan gastrik.

Alahan Laktosa
Sifat susu kambing yang mudah hadam membolehkan laktosa melalui usus dengan mudah
Susus kambing mempunyai kandungan laktosa 7% lebih rendah berbanding susu lembu. Ianya sangat baik untuk kanak-kanak yg cirit birit & alahan kepada susu lembu dan susu tepung.

Susu Kambing Bersifat Alkali
Ianya mempunyai kandungan pH beralkali. Jadi susu kambing tidak menjana asid dalam darah atau usus. Ianya bertindak meneutralkan asid dalam badan.

Kandungan asid berlebihan dalam badan menyebabkan kepada penyakit sakit kepala, sakit badan dan otot, penurunan berat badan, kandungan gula dalam badan yg tidak seimbang, keletihan dan tekanan darah tinggi.

Susu Kambing Mengandungi Asid Lemak Yang Baik
Susu kambing mengandungi asid lemak baik (acid capric dan caprylic) yang mencegah kesan jangkitan kulat. Asid ini juga membantu sistem pertahanan badan dan meningkatkan tenaga manusia.

Susu Kambing Tidak Membentuk Lendir
Susu kambing tidak membentuk lendir sebagaimana susu lembu dan tiada menimbulkan alahan kepada manusia.

Susu kambing kaya dengan mineral selenium
Kandungan Mineral Selenium yang kaya dalam susu kambing bertindak sebagai bahan bagi membantu sistem ketahanan sel badan manusia dan bahan antioksida. Selain itu ianya melawan virus secara semulajadi dan mencegahnya dari membiak.
.
Susu kambing kaya bahan bioorganik sodium

Susu kambing didapati mengandungi kandungan bioorganik sodium yang tinggi. Bioorganik sodium dikenali dalam rawatan naturopathic sebagai elemen antipenuaan. Bioorganik Sodium didapati mengurangkan masalah Rheumatoid Arthritis (inflamasi sendi).

Susu Kambing – Keajaiban Untuk Kebaikan Kesihatan
Susu kambing secara semulajadi mencegah pembiakan organisme yang berbahaya dalam badan manusia sekaligus menjadikan kita sihat.

Kandungan potassium dan kalsium yang tinggi dalam susu kambing serta kandungan sodium yang rendah dalam susu kambing sangat penting bagi membentuk tekanan darah yang normal dan mengawal fungsi hati yang normal.

Susu kambing mengandungi bahan riboflavin untuk tenaga dan juga boleh merawat simpton penyakit asma, ekzema, kolik, insomnia dan demam kuning.

Kandungan silikon dan fluorine yang tinggi dalam susu kambing dapat mencegah penyakit diabetes (kencing manis).

Susu kambing juga mengandungi faktor antibarah.

Perkongsian ilmu tanpa batasan,
Stokis Al Haddad Skudai
019-6558504
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...