Monday 15 August 2016

Delima dan kecantikan

Wanita memang suka dengan kecantikan bukan?

Lagi-lagi bila pipi kemerah-merahan.

Tiada parut di muka.

Tiada jeragat.

Tiada bintik-bintik penuaan.

Tiada kulit berminyak.


Betul?

Jika minum Aseer secara berkala, Insya-Allah masalah-masalah seperti berikut dapat di atasi.

Mengembalikan sel
Buah delima boleh melindungi epidermis dan dermis kulit dengan membantu mengembalikan sel kulit, menolong pembentukan semula tisu-tisu badan, penyembuhkan luka-luka dan memperbanyakkan peredaran darah ke kulit.

Minyak dalam biji buah delima juga memainkan peranan dalam menguatkan dan membantu lapisan epidermis kulit. Ini kerana bijinya juga mengandungi kadar nutrisi yang tinggi. Melindungi daripada cahaya matahari

Buah delima dapat melindungi kulit daripada sun burn dan merawat sebarang masalah kulit disebabkan kulit kerap terdedah dengan cahaya matahari. Tambahan lagi, ia boleh melindungi kulit daripada radikal bebas matahari, yang boleh menyebabkan kanser. Minyak dalam buah delima mempunyai antioksida yang boleh mencegah pembentukan tumor dan barah kulit.

Melambatkan proses penuaan
Pemakanan buah delima boleh mengelakkan anda daripada hyper pigmentation, bintik-bintik penuaan, bintik-bintik hitam, garis muka dan wrinkles yang biasanya disebabkan oleh pendedahan yang terlalu banyak kepada cahaya matahari.

Mengekalkan awet muda
Buah delima mempunyai kandungan yang boleh melembutkan kulit dan wajah. Pada masa yang sama menghasilkan elastin dan kolagen tambahan yang boleh mengembalikan keanjalan kulit.

Memulihkan kulit yang kering
Buah delima ada kalanya dimuatkan dalam produk-produk kecantikan kerana ia mempunyai struktur molekul yang boleh masuk ke dalam lapisan kulit dan memberikan kelembapan tambahan.

Buah delima mengandungi punicic acid, satu bentuk omega 3 yang mengekalkan tahap kelembapan pada kulit.

Merawat muka berminyak dan berjerawat
Buah delima sangat berguna kepada kulit yang berminyak dan berjerawat juga. Sapukan perahan buah delima pada permukaan kulit yang terjejas. Ia boleh mengurangkan pembentukan serum dan mengawal jerawat. Tambahan lagi, buah ini juga boleh mengurangkan kesan parut disebabkan jerawat.

Buah delima sebagai face mask.
Campurkan 1 sudu teh powdered green papaya, grape seed oil, dan grape seed extract dengan dua sudu teh perahan delima. Kemudian sapukan pada muka. Biarkannya selama sejam dan bilas dengan air yang bersih.

Merawat keguguran rambut
Minum jus delima secara berkala boleh menguatkan akar rambut. Hal ini boleh mengelakkan masalah keguguran rambut, lantas memberikan anda rambut yang sihat.

Perkongsian ilmu tanpa batasan,
Stokis Al Haddad Skudai
019-6558504
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...