Monday 5 December 2016

Dari Bolu, Turki

Perkongsian pagi dari Bolu, Turki.


Dalam menyempurnakan Jihad Bisnes, usahawan dan ahli bisnes muda Melayu Islam tidak perlu segan-silu memburu harta kekayaan kerana Islam bukan antikekayaan, malah tegas menyatakan 9/10 sumber kehidupan berpunca daripada bisnes.

Jihad Bisnes bukan sahaja membuka peluang hidup mewah sehingga ada yang berpotensi menjadi jutawan.

Malah Jihad Bisnes juga membuka ruang menyempurnakan salah satu sunnah besar Rasulullah saw.

Bisnes memangkin umat Islam menjadi umat "alyadul uliya" iaitu umat tangan di atas lebih mulia berbanding umat miskin tangan di bawah yang sentiasa meminta-minta menjadi beban dan berpotensi diancam kekufuran.

Harta kekayaan dapat membebaskan umat Islam daripada terlampau bergantung hidup kepada orang lain.

Pergantungan hidup inilah yang menyebabkan terlalu ramai Melayu Islam hari ini dilihat lebih takut dan tunduk kepada manusia lain, terutama yang berpangkat, berkuasa, berharta dan bertakhta daripada takut akan Tuhan!

Tuan Muhammad Ali Hashim
Strategi Jihad Bisnes
Al Haddad Marketing Sdn. Bhd.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...