Thursday 22 December 2016

Perutusan Mudir Madrasah Zubaidiyah

Perutusan Mudir Madrasah Zubaidiyah


Dimulakan dengan ucapan mulia; Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh.

Alhamdulillah, hari ni terasa rahmat Allah melimpahi Madrasah Zubaidiyah apabila Al Haddad Marketing Sdn. Bhd. dengan secara rasminya menerima produk pencuci pakaian NASEEM yang dibekalkan oleh pihak Madrasah Zubaidiyah.

Alhamdulillah, usaha ini lebih bernilai apabila proses penyediaan produk NASEEM mendapat sentuhan daripada Al Fadhil Ustaz Salim, Mudir Qism Talaqqi, Ma'had Tahfiz Imam An Nawawi (MATIN), Kangar, Perlis. Beliau berpengalaman memproses pelbagai produk pencuci.

Alhamdulillah, kerjasama ini bererti bahawa sebahagian hasil keuntungan daripada jualan produk NASEEM akan disalurkan kepada MADRASAH ZUBAIDIYAH dan juga MATIN yang sama-sama sedang membangunkan prasarana untuk bakal Pewaris Nabi.

Alhamdulillah, NASEEM terbaharu ini diproses dengan teliti untuk memastikan ia dapat menghasilkan:
  • Cucian yang hebat dengan kotoran degil dapat dihilangkan.
  • Pakaian yang dicuci akan berbau harum dan tahan hapak.
  • Mengandungi anti bakteria.
  • Likat dan pastinya menjimatkan.
Alhamdulillah, NASEEM masih dikekalkan harganya walaupun kuantiti bahan-bahannya telah digandakan untuk mendapatkan cucian yang berkualiti.

Alhamdulillah, Al Haddad Marketing Sdn. Bhd. dan para pendokongnya meneruskan perjuangan untuk sukses bagi mempertingkatkan keuntungan di dunia bahkan juga di akhirat melalui pembelian produk Al Haddad yang dibekalkan oleh pihak Madrasah Zubaidiyah.

Semoga Allah merahmati perjuangan Al Haddad beserta para pendokongnya. Amin.

Khusus untuk dua bersaudara Al Haddad, ayahanda berdua Al Fadhil Al Muhtaram Ustaz Syed Mohd Mahayadin Al Haddad, serta semua warga Al Haddad Marketing Sdn Bhd, semoga Allah memberkati usaha yang dijalankan dan menerimanya sebagai amal soleh.

Al Fadhil Ustaz Hanif Ghazali
MUDIR, Madrasah Zubaidiyah, Merbok, Kedah Darul Aman.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...