Friday 20 October 2017

Hari pertama menjadi ahli Al Haddad

Ramai yang 'blur' apa yang perlu dibuat pada hari pertama menjadi ahli Al Haddad.

Hari pertama menjadi ahli ya, bukan malam pertama. Hahaha

Pertama sekali yang perlu dibuat adalah RAMAIKAN JEMAAH dibawah rangkaian kita.

Banyak perkara yang boleh dikongsikan. Antaranya, kebaikan produk, pelan pemasaran Al Haddad, cadangan sinergi, dan banyak lagi. Al Haddad ada 30++ produk yang boleh dikongsikan. Nah, pilih salah satu produk dan kongsi.

Dimana kita boleh berkongsi?
  1. Facebook Personal
  2. Facebook Page
  3. Blog
  4. Twitter
  5. Group Whatsapp
  6. Group Bisnes (yang PERCUMA)
  7. Instagram
  8. Google
Banyak kan channel boleh kongsi? Pilih mana yang kita suka untuk brandingkan diri yang kita menjual produk Al Haddad. 

KEDUA
Beli tools marketing seperti flyers dan bunting.

Banyak sangat tools marketing yang dijual. Kalau tiada modal, buat sendiri dan print atau fotostat. Jimat dan murah. Kak Ida sangat sarankan buat dulu apa yang ada ditangan. Tidak perlu bergolok-gadai meminjam bank atau mencari kakak atau abang kawasan (ahlong). Big NO ya.

Agihkan dulu dikawasan jajahan kita. Kalau duduk dikawasan taman... ajak anak round-round taman untuk edar flyers.

KETIGA
Bagi mereka yang ada modal, beli produk dan jadikan sample. Kalau nak lebih jimat, buatlah party ala-ala party Al Haddad. Bagi mereka rasa produk-produk Al Haddad.

KEEMPAT
Bina networking dengan stokis-stokis aktif  dan JUJUR lagi AMANAH.
  • Kenal pasti stokis aktif kawasan kita, pastikan stokis yang amanah, bertanggungjawab dan jujur. Dapatkan resit pembelian yang sah.
  • Pastikan stokis key in belian kita. 
  • Bantu jemaah kita dapatkan stokis yang terdekat dengannya. 
KELIMA
Kongsikan produk Al Haddad yang kita amal. Contohnya rasa tamar cocoa tu macam mana, cara bancuhan tamar cocoa, resipi tamar cocoa yang kita buat. Yang pandai buat kek atau biskut, sila jual kek tamar cocoa yang kita buat. Dah dapat untung lain disitu.

Kalau guna sabun basuh Real Clean, kongsikan manfaat dan kelebihan. Jangan kondem produk lain ya.

Produk xxx ni...

Haaa... jangan ya sayang-sayang (I am me!) Hihihi

KEENAM
Masuk dalam group yang aktif. Tidak faham silalah bertanya. Kalau ada kelas yang dianjurkan, pergilah... sebagai salah satu aktiviti bisnes kita dengan Al Haddad dan juga membina kepercayaan.

Berniagalah dengan ilmu.

Ok semua, cukup perkongsian Kak Ida hari ini.

Semoga kita berjumpa di post lain yang akan datang. Insya Allah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...