Tuesday 16 January 2018

Kenapa tak bagi harga murah?

"Kak Ida, saya beli banyak tamar cocoa tak dapat harga murah ke?'

Kerapkali Kak Ida menerima soalan sebegini dari ahli.

Untuk kesekian kalinya, Kak Ida perlu tekankan Al Haddad adalah TRADING BERKOMISEN.

Bukan sekadar trading sahaja.

Bila menyentuh tentang trading, semakin banyak kita jual, semakin banyak untung runcit yang dapat. Satu paket untung runcit tamar cocoa adalah RM 3.00. Ini sebagai contoh.

Manakala berkomisen pula adalah komisen yang diberi oleh pihak HQ kepada ahli yang berdaftar sah dengan stokis. Jika pendaftaran baru, ahli Al Haddad akan terus menerima komisen secara automatik sebanyak RM 2.10. RM ya bukan dalam bentuk point atau PWP (Purchase with purchase).

Komisen ini akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank yang terpilih.

Kami (stokis) pun tetap membeli harga RM 20.00 dengan HQ. Tidak kira SN atau SD. Jadi tang mana kami boleh memberi harga murah pada ahli?

Sedangkan,

Banyak kelebihan pada ahli sebenarnya. Ahli yang tidak nampak sebenarnya. Baik, Kak Ida tunjukkan pengiraan asasnya. Ini Kak Ida mengambil contoh tamar cocoa ya.
Untung runcit RM 3 + komisen (peribadi) RM 0.70 = RM 3.70 (Komisen ini tidak dikira komisen rangkaian).

Stokis mobile.
Untung runcit (bergantung pendaftaran ahli) dan kami tidak boleh menjual harga RM 23 jika sudah menjadi ahli, + Komisen key-in stokis RM 1.00.

Kenapa Kak Ida tekankan komisen stokis? Sebab ramai ahli beranggapan stokis lebih banyak untung. 😅😅😅

Ini bermaksud, kami juga perlu supply ramai ahli untuk mendapatkan komisen stokis. More you supply, more you get. Hahaha.

Tanggungjawab stokis juga berat. Bukan sekadar supply.

Kalau key-in bawah rangkaian sendiri adalah tambahan komisen RM 0.70 sen.

Sebab itu Kak Ida sangat menekankan pada ahli supaya JANGAN MEMBUANG HARGA. Pusing sebaik mungkin modal kerana Al Haddad mudah dijual + ada 30 rangkaian produk yang lain.

Kak Ida harap jawapan ini dapat menjawab beberapa kemusykilan ahli.

DILARANG SAMA SEKALI COPY AND PASTE. SILA TEKAN BUTANG SHARE.

#ByKamilia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...