Friday 9 March 2018

Menangis air mata darah pun tiada gunanya

Beberapa hari yang lepas, komisen Al Haddad sudah masuk.

Macam biasa, Kak Ida akan ditanyakan soalan,

"Kak Ida, kenapa tiada bayaran masuk? Kalau dikira dalam jumlah dibawa, saya boleh dapat RM 24.20. Banyak tu kak, siapa nak bagi duit tu. Cuba Kak Ida kira..."

Kak Ida pernah kira, ada ahli menerima jumlah komisen rangkaian pada bulan tersebut mencecah beratus ringgit. Tetapi hangus dan abunya hilang ditiup angin sempoi-sempoi bahasa.

Menangis air mata darah sekalipun, Kak Ida tidak boleh membantu.

Bila ada status "TIADA BAYARAN" bermaksud kita sendiri tidak membeli produk Al Haddad yang berkomisen 70 sen pada bulan tersebut.

Sayang-sayang (ayam me!) hehehe...

Dalam bisnes Al Haddad, kita digalakkan membeli satu produk sahaja. SATU sahaja.

Belian yang kita beli akan dikey-in oleh stokis. Bukan kita beli di kedai runcit depan rumah kita.


Adalah sangat tidak adil, ahli dibawah rangkaian kita membeli produk tetapi kita cuma makan hasil dengan titik peluh orang lain.

It's not fair. Inilah maksud Kak Ida berniaga secara berjemaah.

Sama-sama.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...