Monday, 11 July 2016

Apa itu Cyst: Bahayakah Cyst

Cyst ada pelbagai jenis dan boleh berlaku dimana-mana bahagian tubuh manusia. Tetapi yang selalu berlaku kepada wanita ialah Ovarian Cyst atau Sista Ovari. Ovarian Cyst juga terdapat dalam pelbagai jenis.

Ovarian cyst
Sistem pembiakan wanita terdiri daripada rahim, serviks, ovari dan tiub fallopian. Ovari adalah dua organ kecil yang terletak dikiri dan kanan rahim dalam badan wanita. Ia menghasilkan telur (ovum) serta hormon seperti estrogen dan progesteron. Pada setiap satu kitaran haid, telur membesar dan tumbuh pada kantung kecil di dalam ovari yang dipanggil folikel. Apabila telur matang, folikel akan pecah dan membebaskan telur atau ovum tadi. Seterusnya kantung akan mengecut dan berubah menjadi corpus luteum. Corpus luteum akan merembeskan hormon yang membantu menyediakan telur pada kitaran seterusnya.


Cyst ovari adalah masalah yang kerap berlaku kepada wanita. Dikatakan 3 daripada 10 orang wanita dewasa menghadapi masalah ini. Kebanyakan cyst ovari bukanlah ketumbuhan kanser. Berita baiknya hampir semua cyst ovari akan hilang secara spontan tanpa memerlukan rawatan. Walaubagaimanapun terdapat cyst yang tidak hilang seperti biasa dan ini memerlukan rawatan lanjut. Apa yang lebih menakutkan ialah terdapat beberapa kes kecil yang mendapati ketumbuhan cyst bertukar menjadi kanser.


Produk Al Haddad seperti Perahan Minyak Zaitun Tapisan Pertama dan juga Perahan Delima Aseer dapat membantu merawat cyst di kalangan wanita.

Khasiat dari pemakanan sunnah dan pengambilan secara istiqamah dan yakin.

Untuk tempahan, sila klik SINI

Perkongsian ilmu tanpa batasan,
Stokis Al Haddad Skudai
019-6558504

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...