Tuesday, 12 July 2016

Kegunaan minyak zaitun

Nabi s.a.w. telah berpesan agar kita menggunakan zaitun sebagai minyak. Seramai enam belas pakar kedoktoran berkumpul di Roma pada 21 April 1997, untuk menerbitkan beberapa jurnal dan membuat keputusan bertemakan 'Minyak Zaitun dan Nutrisi Laut Putih Tengah'.


Dalam pernyataan tersebut, mereka juga menegaskan bahawa penggunaan minyak zaitun dapat memberikan perlindungan tubuh dari serangan penyakit jantung koroner, mengurangkan atau mengawal kadar kolesterol dalam darah, mengawal tekanan darah, merawat diabetes dan juga obesiti. Di samping itu, minyak zaitun juga berkhasiat dalam mencegah terjadinya beberapa jenis kanser.

Minyak Zaitun juga boleh mengurangkan risiko terjadinya penyumbatan (trombosis) dan penebalan (arteriosklerosis) pada pembuluh darah.


Satu kajian yang dijalankan di Sepanyol baru-baru ini juga menunjukkan bahawa minyak dara zaitun asli dapat membantu mencegah dan merawat radang perut yang disebabkan oleh bakteria (H-PYLAR) yang sering mengakibatkan kanser usus. Satu kajian awal menunjukkan bahawa antioksida dalam minyak zaitun mempunyai tindakbalas ke atas serangan bakteria di lapisan perut. 



Ia juga dapat melembabkan kulit muka, jika dicampurkan dengan yogurt tanpa lemak dan diletakkan pada muka selam 15 minit. Selain itu, minyak zaitun juga boleh digunakan pada rambut bagi melambatkan pertumbuhan uban, berkesan dalam melegakan sakit sendi dan membunuh cacing dalam perut.

Perkongsian ilmu tanpa batasan,
Stokis Al Haddad Skudai
019-6558504
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...