Tuesday 12 July 2016

Apa maksud logo MeSTI?

Apa yang ada dalam logo MeSTI?

MeSTI adalah singkatan daripada perkataan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri ataupun dalam bahasa Inggerisnya "Food Safety is the Responsibility of the Industry".

Program ini dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). MeSTI adalah skim keselamatan makanan yang direka khusus untuk membantu pengusaha PKS mematuhi keperluan kebersihan dan keselamatan makanan.


MeSTI ni menyasarkan kepada pengusaha PKS (Perusahaan Kecil dan Sederhana) dalam membantu memperkuatkan jenama-jenama PKS yang baru hendak melonjak naik. Secara asasnya, kalau produk PKS tu dah ada logo MeSTI, produk itu akan disediakan mengikut piawaian kebersihan yang telah ditetapkan oleh KKM dan kebersihan adalah terjamin.

Selain itu, sijil MeSTI yang dikeluarkan oleh KKM ini telah diiktiraf oleh agensi-agensi kerajaan lain dan menjadi keperluan untuk Pensijilan Halal Malaysia oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Namun begitu, jika tiada logo atau lambang MeSTI tu bukan bermaksud produk itu tidak bagus. Tetapi, MeSTI merupakan penanda aras bahawa sesuatu produk PKS tersebut telah diaudit oleh KKM dan amalan pengilangan menepati piawaian kebersihan KKM itu sendiri.

Tamar Cocoa dan G-Oat merupakan produk Al Haddad yang telah mempunyai logo MeSTI.



Perkongsian ilmu tanpa batasan,
Stokis Al Haddad Skudai
019-6558504


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...