Tuesday 12 July 2016

Habbatus Sauda dan penyakit batu karang

Amalkan pengambilan habbatus sauda bersama-sama segelas air panas bercampur madu sebagai rutin harian. 

Insya-Allah, ia dapat membantu menghancurkan dan merawat batu karang.

Habbatus sauda digunakan secara tradisional untuk beberapa keadaan seperti untuk kulit muka yang cerah, membantu merawat batuk dan asma, kencing manis, selesema, keguguran rambut, tekanan darah tinggi, masalah untuk tidur, sakit-sakit otot dan sendi, rasa loya dan muntah, mengurangkan kolesterol, dan sebagainya.



Kajian tentang penyakit batu karang.

Daripada kajian Dr. Zaidun Kamari, Timbalan Pengarah Iktisas Hospital Pengarah Iktisas Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Cawangan Kelantan, 7 orang daripada 10,000 orang warga Malaysia mengidap penyakit batu karang setiap tahun. Ini bermakna, 14,000 pesakit baru akan bertambah dari tahun ke tahun. Dalam tahun 2005 sahaja, seramai 349 orang pesakit batu karang telah dirawat di HUSM.


Penyakit batu karang terbahagi kepada 2 jenis iaitu:
- Batu karang dalam ginjal
- Batu karang dalam hempedu

Keradangan pundi hempedu (Cholecystitis)
Pundi hempedu adalah organ kecil berhampiran dengan hati yang berperanan mencernakan makanan. Ia mengandungi bendalir penghadaman dikenali sebagai hempedu, yang disalurkan ke dalam usus kecil untuk membantu proses penghadaman.

Keradangan pundi hempedu juga dikenali sebagai Cholecystitis, yang disebabkan oleh batu karang. Batu karang terjadi akibat ketidakseimbangan dalam bahan-bahan seperti hablur garam kalsium, asid urik dan beberapa zat lain, ataupun disebabkan oleh ketidakupayaan pundi hempedu untuk mengosongkan pundi dengan betul.

Batu karang kemudiannya menghalang tiub yang membawa hempedu daripada pundi hempedu, dan seterusnya menyebabkan sakit perut seperti yang anda alami. Cholecystitis juga mungkin disebabkan oleh masalah atau ketumbuhan pada salur tersebut.

Antara petanda-petanda Cholecystitis termasuklah loya dan muntah-muntah. Ada juga pesakit yang mungkin mengalami demam, sakit teruk semasa menarik nafas yang dalam, serta kesakitan selama lebih daripada 8 jam.

Perkongsian ilmu tanpa batasan,
Stokis Al Haddad Skudai
019-6558504
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...