Sunday 29 October 2017

Apabila username salah...

Apabila ahli memberikan username salah...

Ahli Al Haddad sering "melekehkan" username yang telah didaftarkan oleh stokis walaupun telah dibantu oleh upline. Ada ahli mengharapkan upline atau stokis untuk mengingat username yang telah didaftarkan.

Jika downline upline baru seorang, ampun lagi... Kalau ramai? Haaa... boleh bayangkan tak?

Sejujurnya Kak Ida mohon, simpanlah username kita dengan sebaik-baiknya kerana ada kalanya, ahli perlu membeli sendiri dengan stokis.

Ini kerana jika ahli memberi username yang salah pada stokis, ini melibatkan komisen peribadi dan rangkaian. 


Nama ahli, nombor kad pengenalan dan alamat akan tertera di paparan seperti di atas. Paparan ini akan keluar jika ahli Al Haddad telah mengisi dengan lengkap di sub menu PROFILE. 

Kak Ida ulangi MENGISI DENGAN LENGKAP DI SUB MENU PROFILE.


Bagaimana stokis tahu username yang ahli beri adalah salah?

Bila stokis key-in username yang diberikan, akan tertera invalid member pada paparan tersebut.

Oleh yang demikian, Kak Ida menggalakkan ahli supaya memberi username beserta nama penuh kepada stokis untuk semakan kedua. 

Adakah ahli sudah mengisi sub menu PROFILE dengan lengkap?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...