Sunday 29 October 2017

Rawatan Alternatif | Diagnos penyakit melalui tapak tangan

Kak Ida berkongsi artikel tentang rawatan alternatif, diagnose penyakit melalui tapak tangan.

Rawatan alternatif adalah salah satu ikhtiar berubat yang semakin mendapat perhatian masyarakat untuk meringankan kesakitan yang dialami.

Kali ini kita mengupas kaedah diagnosis penyakit melalui tapak tangan. Analisis tapak tangan telah digunakan oleh bangsa Yunani sejak ribuan tahun yang lalu.

Tangan merupakan bahagian saraf yang paling hujung dalam tubuh manusia. Jika tapak kaki menjadi poin-poin yang penting dalam refleksologi begitu juga dengan tapak tangan.

Apa-apa sahaja yang berlaku pada tubuh manusia akan terlihat pada tangan. Bahagian tangan menunjukkan keadaan suatu penyakit yang berlaku pada manusia ialah bahagian atas tapak tangan, tapak tangan, semua jari, ruas-ruas jari dan kuku.

Tapak tangan mengandungi 1000 rahsia kesihatan manusia. Herbalis akan mendiagnosis tapak tangan seseorang melalui perubahan warna dan perubahan fizikal (bengkok ke kiri, kanan atau hadapan).

Punca sesuatu penyakit ialah toksik (racun) yang terdapat di dalam tubuh dan ketidakseimbangan suhu serta angin tubuh. Setelah didiagnosis, pesakit akan membuang toksik di dalam badan melalui buang air besar, air kecil, pernafasan, perpeluhan dan haid. Selepas itu, pesakit akan diseimbangkan suhu badan dan angin didalam badannya.

Herbalis juga akan membuat rawatan susulan seperti perawatan dengan herba, bekal (Al-Hijamah), akupunktur, kiropraktik (rawatan membetulkan tulang), refleksologi, urutan limfatik, pemakanan, jus atau lain-lain yang bersesuaian.


Simptom dan penawar penyakit.
Sebagai contoh pesakit yang datang kerana masalah angin. Tanda-tanda yang terdapat pada tapak tangan pesakit ialah bintik-bintik putih di tapak tangan yang berwarna kemerah-merahan. Namun, jika tapak tangan berwarna putih dan bintik-bintik berwarna merah ia disebabkan gas karsinogen yang berlebihan didalam tubuh.

Simptom masalah angin adalah seperti cepat marah, emosi tidak stabil, darah yang keluar sewaktu berbekam lebih kental, suara tinggi dan pandangan tajam. Masalah angin ini ada hubungan dengan kadar kolestrol dalam darah. Setelah didiagnosis, pesakit akan diberikan herba tuju angin, teh herba,omega 3 dan kopi bersama madu serta habbatussauda.

Masalah tekanan hidup atau sterss boleh menyerang sesiapa sahaja. Jika stress terus menghantui pesakit akan mengeluarkan hormon stereoid yang dapat melemahkan sistem imun tubuh.

Tanda-tanda di tangan orang yang mengalami stress ialah urat biru atau hijau di pergelangan tangan, tapak tangan dan disepanjang jari-jari. Orang yang mengalami stress ini dapat dilihat apabila dia terlalu sedih, cepat marah, emosi, tidur tidak lena dan migrain.

Pesakit stres ini ada hubungannya dengan masalah jantung, paru-paru dan kekurangan vitamin C. Pesakit ini akan dicadangkan untuk mengambil roselle, mengkudu, madu asli dan stoma K.

Saraf tapak tangan dapat memberikan gambaran kesihatan dalam tubuh. Ia dapat dilihat melalui:-

Suhu tapak tangan
Tapak tangan panas, bahagian kaki terasa sejuk, ini menandakan masalah pada bahagian perut dan ke bawah. Manakala tangan panas dan bahagian kaki terasa panas, ini menandakan masalah pada bahagian kepala.

Kelembapan
Tapak tangan berpeluh, dikaitkan dengan tiga organ iaitu otak, jantung dan organ reproduktif. Tapak tangan kering dan cengkung menandakan sistem imun yang rendah dan mudah diserang penyakit.

Jari gemuk atau runcing
Jari gemuk di pangkal menandakan kandungan asid urik dalam darah. Jari runcing di hujung menandakan kencing manis.

Jari yang bengkok
Bengkok di jari kelingking menandakan masalah pada bahagian tulang belakang manakala bengkok di bahagian jari lain pula dikaitkan dengan masalah saraf.

Kuku bergelombang
Menandakan logam berat dalam badan.

Urat-urat biru yang timbul
Menandakan tekanan (stress).

Biru di perut tapak tangan
Menandakan masalah resdung

Tompok putih di tapak tangan
Dikaitkan dengan masalah angin dalam badan.

Punca herba tidak berkesan:-
  • Tidak yakin.
  • Tekanan perasaan.
  • Pengambilan air yang tidak mencukupi.
  • Pengambilan yang tidak berterusan.
  • Pengambilan herba secara salah.
  • Dos yang tidak mencukupi.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...